AKTIVITI - AKTIVITI PERTUBUHAN PERKASA DAERAH KEMAMAN 2010

Dengan secara rasminya pertubuhan pribumi PERKASA Daerah Kemaman dan daerah daerah di dalam negeri Terengganu telah dirasmikan pada 17hb Disember 2010 di Kuala Terengganu oleh Y.B Datuk Seri Mohamad Khir Toyo. Semenjak penubuhan PERKASA Daerah Kemaman beberapa program telah dilaksanakan pada tahun 2010 .Keahlian pertubuhan sudah menjangkaui 350 ahli selama 2 bulan program penambahan keahlian dilancarkan. Pertubuhan masih didalam proses penambahkan keahlian bagi penduduk setempat daerah Kemaman.Ahli Jawatankuasa pertubuhan telah mengadakan program-program pendaftaran keahlian dibeberapa tempat seperti berikut:
1.Program APMT bersama Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman.
2.Program JASA bersama Y.A.B Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu.
3.Program Majlis Program bersama rakyat (As-Syura) bersama Y.A.B Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu di Bukit Kuang.

PERKASA Kemaman telah merancang beberapa program untuk tahun 2011 dan akan lebih agresif mempromosikan pertubuhan dan menganjurkan program-program yang akan memartabatkan bangsa melayu.

MENGAPA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA PERKASA PERLU WUJUD DI DAERAH KEMAMAN

¡Orang Melayu tidak tahu hak-hak bangsa melayu yang termaktub di dalam perlembagaan
   negara MALAYSIA.
 
¡Orang Melayu merasakan diri mereka kebal daripada ancaman-ancaman bangsa lain.
 
¡Orang Melayu tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu akan sejarah bangsa mereka sendiri.
 
¡Orang Melayu tidak kisah bangsanya di hina dicerca dan diperlekehkan.
 
¡Orang Melayu tidak kisah akan kesultanan bangsa mereka di perlekehkan.
 
¡Orang Melayu tidak kisah bahasa Melayu dipinggirkan.
 
¡Orang Melayu tidak tahu erti perjuangan
 
¡Orang Melayu tidak mahu berkompromi sesama bangsa dan agama ,lebih senang
   berkompromi bersama bangsa dan agama lain.
 
¡Orang Melayu berkehendakkan warisan nenek moyang mereka diagih-agihkan diberi kepada
   bangsa lain.
 
¡Orang Melayu global persamaan hak diberikan kepada bangsa lain.
 
¡Orang Melayu dikutuk sebagai bangsa yang malas mereka menerima andaian itu dengan hati
   terbuka.
 
¡Orang Melayu rela melepaskan kuasa politik yg dipegang yang menjadi satu warisan nenek
   moyang mereka kepada bangsa lain .
.
 
MENGAPA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA PERKASA
PERLU WUJUD DI DAERAH KEMAMAN
 
1. Untuk memberikan satu landasan wadah perjuangan bangsa Melayu  agama
     Islam di daerah ini.
2. Untuk menyatu padukan bangsa Melayu di daerah ini.
3. Untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu di
     daerah ini yang termaktub di dalam perlembagaan MALAYSIA.
4. Untuk mempertahankan Kesultanan Melayu di negeri Terengganu.
5. Untuk memperkasakan orang Melayu didaerah ini daripada aspek
     kehidupan yang terbela dan dipelihara  seperti berikut:
      
      i.  Aspek Agama
     ii. Aspek Ekonomi
    iii. Aspek Politik dan Kemasyarakatan
     iv. Aspek Pendidikan
      v. Aspek Perundangan
     vi. Aspek Kebudayaan dan Belia
    vii. Aspek Wanita dan Kanak-kanak
 
6. Untuk mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
7. Untuk menyedarkan orang Melayu Daerah Kemaman dimana kedudukan
     bangsa Melayu.
8. Memperjuangkan dan mempertahankan warisan bangsa Melayu Daerah ini.
 
 
 
 ORANG MELAYU KINI
 
 
¡Orang Melayu sudah lupa diri dan alpa dengan jati diri bangsanya.
 
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah selesa dan berada di dalam zon yang selesa.
 
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah berdikari di dalam semua bidang kehidupan.
 
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah mencapai satu tahap pencapaian yang membanggakan
   didalam politik,ekonomi,pendidikan dan lain-lain.
 
¡Orang Melayu merasakan dirinya bangsa Malaysia dan bukan orang Melayu.
 
¡Orang Melayu malu ingin mengaku dirinya melayu dan mahu di kenali sebagai
   bangsa  “MALAYSIA – MALAYSIA “ dan bukannya " MELAYU - MALAYSIA".
 

PERASMIAN PELANCARAN PERTUBUHAN PERKASA DAERAH KEMAMAN


Pertubuhan Pribumi PERKASA Daerah Kemaman mengucapkan penghargaan kepada Pertubuhan Pribumi PERKASA Negeri Terengganu sempena pelancaran pertubuhan PERKASA peringkat daerah-daerah negeri Terengganu yang telah berjaya dilancarkan dan dirasmikan oleh Y.B Dato Seri Mohamad Khir Toyo. Pengerusi Pertubuhan Pribumi PERKASA Daerah Kemaman Encik Zulkufli Ngah menerima cenderahati daripada Y.B Dato Seri Mohamad Khir Toyo dan disaksikan oleh Setiausaha Pertubuhan Pribumi PERKASA Negara Malaysia saudara Tuan Syed Hassan Syed Ali.Pengerusi Pertubuhan Pribumi PERKASA Daerah Kemaman mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PERKASA Kemaman kerana membantu menjayakan program ini dengan cemerlang.


MAKLUMAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PERKASA DAERAH KEMAMAN

Makluman kepada semua penduduk setempat Daerh Kemaman.Pihak Jawatankuasa Perkasa Daerah Kemaman akan membuka kaunter pendaftaran keahlian PERKASA pada 10hb Dis 2010 di Bangunan Komuniti pekan Pasir Gajah sempena Majlis Program JASA Negeri Terengganu.

Di jemput saudara-saudara dan saudari-saudari sekelian beramai-ramai ke Majlis tersebut dan pendaftaran keahlian anda amat kami hargai demi perjuangan bangsa melayu dan agama islam.

TITAH KESULTANAN MELAYU

Kami terpanggil untuk menyatakan bahawa pihak Pertubuhan Pribumi Perkasa Daerah Kemaman menyokong dan memberikan sepenuh sokongan yang padu kepada titah Kesultanan Melayu mengenai soal bangsa melayu.Kami berdiri bersama tuanku sebagai bangsa melayu yang bermaruah mempertahankan kepentingan dan hak melayu dan juga mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Pengkhianat-pengkhianat bangsa melayu haruslah dikenakan tindakan-tindakan yang keras bagi mengajar dan menyedarkan mereka bahawa masih ada lagi orang melayu yang akan mempertahankan bangsa mereka sendiri.

Amat menyedihkan sekali bagi kami pengkhianat-pengkhianat bangsa ini adalah terdiri daripada orang melayu sendiri yang beragama islam. Disebabkan mempunyai agenda politik bagi kepentingan individu mereka bersetongkol dengan kaum-kaum lain mengutuk,menghina,mencerca dan memperlekehkan orang melayu. Pengkhianat-pengkhianat ini sanggup menggadaikan maruah bangsa mereka sendiri bagi kepentinagn politik mereka yang kabur.

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !DAULAT TUANKU !

Darah Melayu yang mengalir di dalam tubuh ini akan memperjuangkan agenda bangsa melayu sehingga ke titisan darah yang terakhir.

PELANCARAN MAJLIS PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH-DAERAH NEGERI TERENGGANU

Makluman kepada semua ahli-ahli Pertubuhan PERKASA Negeri Terengganu PELANCARAN MAJLIS PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH-DAERAH NEGERI TERENGGANU yang sepatutnya akan diadakan pada 4hb Disember 2010 telah ditunda ke tarikh baru iatu pada 17hb Disember 2010 hari Jumaat. Anda semua dijemput menghadiri pelancaran majlis ini.

Setiausaha PERKASA Daerah Kemaman

PENDAFTARAN KEAHLIAN PERKASA KEMAMAN

Makluman sesiapa yang berminat untuk menyertai Pertubuhan Pribumi PERKASA Daerah Kemaman, Sila Hubungi En. Mohammed HP No: 012 359 3955 untuk mendapatkan borang keahlian.

Powered by Blogger.

PERTANYAAN

NAME: EMAIL:
PERKASA PRIBUMI PERKASA Blogger