MENGAPA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA PERKASA PERLU WUJUD DI DAERAH KEMAMAN
Saturday, December 25, 2010
perkasakemaman
¡Orang Melayu tidak tahu hak-hak bangsa melayu yang termaktub di dalam perlembagaan
negara MALAYSIA.
¡Orang Melayu merasakan diri mereka kebal daripada ancaman-ancaman bangsa lain.
¡Orang Melayu tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu akan sejarah bangsa mereka sendiri.
¡Orang Melayu tidak kisah bangsanya di hina dicerca dan diperlekehkan.
¡Orang Melayu tidak kisah akan kesultanan bangsa mereka di perlekehkan.
¡Orang Melayu tidak kisah bahasa Melayu dipinggirkan.
¡Orang Melayu tidak tahu erti perjuangan
¡Orang Melayu tidak mahu berkompromi sesama bangsa dan agama ,lebih senang
berkompromi bersama bangsa dan agama lain.
¡Orang Melayu berkehendakkan warisan nenek moyang mereka diagih-agihkan diberi kepada
bangsa lain.
¡Orang Melayu global persamaan hak diberikan kepada bangsa lain.
¡Orang Melayu dikutuk sebagai bangsa yang malas mereka menerima andaian itu dengan hati
terbuka.
¡Orang Melayu rela melepaskan kuasa politik yg dipegang yang menjadi satu warisan nenek
moyang mereka kepada bangsa lain .
.MENGAPA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA PERKASA
PERLU WUJUD DI DAERAH KEMAMAN
1. Untuk memberikan satu landasan wadah perjuangan bangsa Melayu agama
Islam di daerah ini.
2. Untuk menyatu padukan bangsa Melayu di daerah ini.
3. Untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu di
daerah ini yang termaktub di dalam perlembagaan MALAYSIA.
4. Untuk mempertahankan Kesultanan Melayu di negeri Terengganu.
5. Untuk memperkasakan orang Melayu didaerah ini daripada aspek
kehidupan yang terbela dan dipelihara seperti berikut:
i. Aspek Agama
ii. Aspek Ekonomi
iii. Aspek Politik dan Kemasyarakatan
iv. Aspek Pendidikan
v. Aspek Perundangan
vi. Aspek Kebudayaan dan Belia
vii. Aspek Wanita dan Kanak-kanak
6. Untuk mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
7. Untuk menyedarkan orang Melayu Daerah Kemaman dimana kedudukan
bangsa Melayu.
8. Memperjuangkan dan mempertahankan warisan bangsa Melayu Daerah ini.
ORANG MELAYU KINI
¡Orang Melayu sudah lupa diri dan alpa dengan jati diri bangsanya.
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah selesa dan berada di dalam zon yang selesa.
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah berdikari di dalam semua bidang kehidupan.
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah mencapai satu tahap pencapaian yang membanggakan
didalam politik,ekonomi,pendidikan dan lain-lain.
¡Orang Melayu merasakan dirinya bangsa Malaysia dan bukan orang Melayu.
¡Orang Melayu malu ingin mengaku dirinya melayu dan mahu di kenali sebagai
bangsa “MALAYSIA – MALAYSIA “ dan bukannya " MELAYU - MALAYSIA".