PERUTUSAN PENGERUSI PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KEMAMAN 2011

Bismillahhirahmanhirahim,
Assalamualaikum kepada semua ahli PERKASA Daerah Kemaman dan semua ahli-ahli PERKASA diseluruh negara.

Alhamdulillah setelah 3 bulan saya memegang tampuk kepemimpinan Perkasa Daerah Kemaman dengan sokongan ahli jawatankuasa yang telah di bentuk dan sokongan-sokongan ahli Daerah setempat kami telah dapat menambahkan keahlian ke jumlah 350 ahli setakat ini. Terima kasih diucapkan kepada semua warga Perkasa Daerah.

Menjelang tahun baru 2011M 1432 H ini marilah kita tanamkan satu iltizam bagi memperkasakan pertubuhan ini kearah satu matlamat perjuangan bagi umat melayu islam.

Wadah perjuangan pertubuhan ini adalah untuk memperjuangkan,mempertahankan,membangunkan dan menambahbaikan kehidupan umat melayu islam didalam konteks:

1. Agama
2. Politik
3. Ekonomi
4. Pendidikan

Sebagai sebuah NGO Melayu yang memperjuangkan bangsa melayu, banyak cabaran-cabaran dan risiko-risiko yang akan ditempuhi dari pelbagai pihak dan pelbagai sudut persepsi. Ayuh bersatu lah kita sebagai satu bangsa, kaum dan agama mengembleng tenaga bagi masa depan umat melayu islam.

Teriakan " HIDUP MELAYU " wajib atas semua umat islam melayu bagi mendaulatkan bangsa mereka sendiri. Siapa yang akan mendaulatkan bangsanya sendiri kalau bukan orang MELAYU.

Marilah kita bersama-sama memperjuangkan bangsa kita " MELAYU" dari di ganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Selamat menyambut tahun baru 2011 semoga perjuangan pertubuhan dapat disemarakkan lagi.

Wasalam
Saudara Zulkifli Ngah
Pengerusi Pribumi PERKASA Daerah Kemaman

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA KEMAMAN 2011

Setiausaha PERKASA Kemaman
Saudara Mohammed Fuad Haji Khusrin


Selamat menyambut tahun baru 2011 bagi pihak PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA KEMAMAN bagi semua warga PERKASA seluruh MALAYSIA dan ahli PERKASA KEMAMAN khususnya.Tekad dan azam wadah perjuangan pertubuhan umat melayu islam akan tetap di teruskan dengan iltizam yang progresif dan pro aktif pada tahun 2011. Terima kasih kepada semua warga PERKASA KEMAMAN yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti pertubuhan pada tahun 2010. "HIDUP MELAYU"

PERKASA KEMAMAN MENYOKONG PERLANTIKAN KETUA PERHUBUNGAN NEGERI TERENGGANU


En. Zulkifli Bin Ngah
Pengerusi PERKASA Kemaman

Bagi pihak Pertubuhan Pribumi PERKASA Kemaman mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan perlantikan Y.A.B Dato Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu sebagai Ketua Perhubungan Negeri Terengganu.Semoga dengan perlantikan ini umat melayu islam Terengganu terbela dan maju diatas kepimpinan beliau.Kami Pertubuhan Pribumi PERKASA Kemaman menyokong perlantikan kepimpinan kerajaan negeri ini bagi memartabatkan maruah bangsa melayu.

AKTIVITI - AKTIVITI PERTUBUHAN PERKASA DAERAH KEMAMAN 2010

Dengan secara rasminya pertubuhan pribumi PERKASA Daerah Kemaman dan daerah daerah di dalam negeri Terengganu telah dirasmikan pada 17hb Disember 2010 di Kuala Terengganu oleh Y.B Datuk Seri Mohamad Khir Toyo. Semenjak penubuhan PERKASA Daerah Kemaman beberapa program telah dilaksanakan pada tahun 2010 .Keahlian pertubuhan sudah menjangkaui 350 ahli selama 2 bulan program penambahan keahlian dilancarkan. Pertubuhan masih didalam proses penambahkan keahlian bagi penduduk setempat daerah Kemaman.Ahli Jawatankuasa pertubuhan telah mengadakan program-program pendaftaran keahlian dibeberapa tempat seperti berikut:
1.Program APMT bersama Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman.
2.Program JASA bersama Y.A.B Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu.
3.Program Majlis Program bersama rakyat (As-Syura) bersama Y.A.B Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu di Bukit Kuang.

PERKASA Kemaman telah merancang beberapa program untuk tahun 2011 dan akan lebih agresif mempromosikan pertubuhan dan menganjurkan program-program yang akan memartabatkan bangsa melayu.

MENGAPA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA PERKASA PERLU WUJUD DI DAERAH KEMAMAN

¡Orang Melayu tidak tahu hak-hak bangsa melayu yang termaktub di dalam perlembagaan
   negara MALAYSIA.
 
¡Orang Melayu merasakan diri mereka kebal daripada ancaman-ancaman bangsa lain.
 
¡Orang Melayu tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu akan sejarah bangsa mereka sendiri.
 
¡Orang Melayu tidak kisah bangsanya di hina dicerca dan diperlekehkan.
 
¡Orang Melayu tidak kisah akan kesultanan bangsa mereka di perlekehkan.
 
¡Orang Melayu tidak kisah bahasa Melayu dipinggirkan.
 
¡Orang Melayu tidak tahu erti perjuangan
 
¡Orang Melayu tidak mahu berkompromi sesama bangsa dan agama ,lebih senang
   berkompromi bersama bangsa dan agama lain.
 
¡Orang Melayu berkehendakkan warisan nenek moyang mereka diagih-agihkan diberi kepada
   bangsa lain.
 
¡Orang Melayu global persamaan hak diberikan kepada bangsa lain.
 
¡Orang Melayu dikutuk sebagai bangsa yang malas mereka menerima andaian itu dengan hati
   terbuka.
 
¡Orang Melayu rela melepaskan kuasa politik yg dipegang yang menjadi satu warisan nenek
   moyang mereka kepada bangsa lain .
.
 
MENGAPA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA PERKASA
PERLU WUJUD DI DAERAH KEMAMAN
 
1. Untuk memberikan satu landasan wadah perjuangan bangsa Melayu  agama
     Islam di daerah ini.
2. Untuk menyatu padukan bangsa Melayu di daerah ini.
3. Untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu di
     daerah ini yang termaktub di dalam perlembagaan MALAYSIA.
4. Untuk mempertahankan Kesultanan Melayu di negeri Terengganu.
5. Untuk memperkasakan orang Melayu didaerah ini daripada aspek
     kehidupan yang terbela dan dipelihara  seperti berikut:
      
      i.  Aspek Agama
     ii. Aspek Ekonomi
    iii. Aspek Politik dan Kemasyarakatan
     iv. Aspek Pendidikan
      v. Aspek Perundangan
     vi. Aspek Kebudayaan dan Belia
    vii. Aspek Wanita dan Kanak-kanak
 
6. Untuk mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
7. Untuk menyedarkan orang Melayu Daerah Kemaman dimana kedudukan
     bangsa Melayu.
8. Memperjuangkan dan mempertahankan warisan bangsa Melayu Daerah ini.
 
 
 
 ORANG MELAYU KINI
 
 
¡Orang Melayu sudah lupa diri dan alpa dengan jati diri bangsanya.
 
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah selesa dan berada di dalam zon yang selesa.
 
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah berdikari di dalam semua bidang kehidupan.
 
¡Orang Melayu merasai dirinya sudah mencapai satu tahap pencapaian yang membanggakan
   didalam politik,ekonomi,pendidikan dan lain-lain.
 
¡Orang Melayu merasakan dirinya bangsa Malaysia dan bukan orang Melayu.
 
¡Orang Melayu malu ingin mengaku dirinya melayu dan mahu di kenali sebagai
   bangsa  “MALAYSIA – MALAYSIA “ dan bukannya " MELAYU - MALAYSIA".
 

PERASMIAN PELANCARAN PERTUBUHAN PERKASA DAERAH KEMAMAN


Pertubuhan Pribumi PERKASA Daerah Kemaman mengucapkan penghargaan kepada Pertubuhan Pribumi PERKASA Negeri Terengganu sempena pelancaran pertubuhan PERKASA peringkat daerah-daerah negeri Terengganu yang telah berjaya dilancarkan dan dirasmikan oleh Y.B Dato Seri Mohamad Khir Toyo. Pengerusi Pertubuhan Pribumi PERKASA Daerah Kemaman Encik Zulkufli Ngah menerima cenderahati daripada Y.B Dato Seri Mohamad Khir Toyo dan disaksikan oleh Setiausaha Pertubuhan Pribumi PERKASA Negara Malaysia saudara Tuan Syed Hassan Syed Ali.Pengerusi Pertubuhan Pribumi PERKASA Daerah Kemaman mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PERKASA Kemaman kerana membantu menjayakan program ini dengan cemerlang.


Powered by Blogger.

PERTANYAAN

NAME: EMAIL:
PERKASA PRIBUMI PERKASA Blogger